Wednesday 22 August 2012

DIARI KISAH DAN TARBIAH

CERPEN : DIARI KISAH AKU DAN TARBIAH “ringkas ingin aku katakan, aku menulis cerpen ini bukan untuk mencari populariti atau mendapatkan cinta lama, objektifnya aku nak orang yang membaca cerpen ini jiwanya akan menjadi semangat untuk bersama-sama aku berjuang menegakkan agama Allah S.W.T” KOMEDI CINTA DI SMU(A) NURUL HUDA Aku Muhammad Jazil Mohd Nawawi. Tempat kelahiran ku adalah di Kampung Kubang Sawa iaitu sebuah desa terpencil di Jajahan Tumpat Kelantan. Aku merupakan anak ke 5 dari sembilan adik-beradik. Kedua ibu bapa aku sudah pergi bertemu yang Maha Esa. Ibu ku bertemu yang Maha Esa pada umur aku 11 tahun. Masa tu aku darjah lima dan bersekolah di sekolah kebangsaan bendang Pa’Yong. Ayah ku bertemu yang Maha Esa pada usia ku 18 tahun. Masa tu aku tingkatan 5 dan (SPM). Semoga Allah menempatkan kedua-dua ibu bapa ku di kalangan mereka-mereka yang soleh dan solehah, amin. Begitulah secebis pengenalan diri ini dapat di kongsi bersama sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Cerita aku bukan bermula pada usia di peringkat sekolah rendah. Tapi permulaan cerita bermula pada aku di tingkatan 2. Melodi cinta di sekolah smu(A) nurul huda jika di kenang kembali membuat hati tertawa sendiri. Kadang-kadang menjadi santapan di kala diri ini duduk berseorangan. Itulah pengalaman, hitam putih itulah pengalaman yang tetap terpahat dalam kamus diari memori hidup. Hatiku di timpa tangga, Solehas?. Siapa tu?. Lalu hati ini berbisik sendiri untuk mengenali. Aku ni adalah salah seorang yang tergolong dalam kalangan orang-orang yang pemalu. Tidak pandai bersiasah dengan wanita. Entah mengapa, aku pun tidak sedar yang aku pada masa tu adalah seorang yang amat pemalu kepada wanita. Hinggakan aku apabila bertemu mana-mana wanita akan menjadi tidak selesa dan gelisah. Jiwa berdegup kencang seperti ada yang tak kena walaupun tiada apa pun yang tak kena. Melayan hati pada usia tu cukup mencemaskan. Tapi, hati ini tersangkut dengan seorang wanita bernama Solehas. Puas aku berfikir bagaimana ingin mengenalinya. Akhirnya aku mendapat satu idea yang mungkin di anggap idea yang cukup bernas. Tapi idea yang aku guna sudah lapuk dek zaman. Tapi aku rasa mungkin masih releven untuk di gunakan. “Assalamualaikum, Apa Khabar? Boleh Berkenalan?”. Mungkin seperti itulah ayat yang di gunakan dalam Surat yang tak bernama, ditulis menggunakan pensil, dan diletakkan di bawah meja sasaran. Itulah surat pertama yang di tulis dengan tulisan tangan oleh Muhammad Jazil Mohd Nawawi. Tiada siapa tahu tentang agenda yang di rancang. Perancangan di urus dengan rapi, bahan bukti di simpan di peti hati yang cukup dalam. Tiada siapa yang mampu memrobek dan mencurinya walau menggunakan kapak gajah seperti dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk. Aku cuba merisik bagaimana kesudahan surat yang di hantar oleh posmen yang tak bernama tersebut. Sedikit demi sedikit jendela kenyataan aku buka. Adakah surat itu akan berbalas?. Tapi aku hampa. Akhirnya, cita untuk mendapatkan cinta berkecai apabila surat tidak berbalas. Malah isu surat yang di hantar di hebohkan meluas ke setiap penjuru sekolah. Aku sangat takut dan malu kalau-kalau agenda aku itu terbongkar. Memang, dengan sikap pemalu, seseorang akan menjadi takut kepada sesuatu tersebut. Dari hari ke hari aku meneliti cinta yang aku damba akhirnya cinta solehas di curi oleh abang sendiri. Memang cukup-cukup fras. Memang patut, dengan sifat penakut dan pemalu aku, memang layak solehas mendapatkan cinta lain. Aku hanya bertepuk sebelah tangan. Tapi, Subhanallah.. maha besar Allah, sifat sabar yang Allah berikan kepada makhluknya tidak sia-sia. Cukup ada maksud yang mendalam. Di saat itu, kesabaran tercabar walaupun ilmu agama hanya secebis debu. Tapi Maha Bijaksana Allah telah menjaga hati ini dengan sifat sabar. Malas nak melayan jiwa, solehas hanya kawan walau ada satu sifat cinta yang tertanam. Pasti ada konklusi kenapa jalan cerita aku sebegini. Konklusinya, aku adalah seorang yang mudah untuk menerima tarbiah dan tarbiah itu mestilah berpaksikan Islam. Jelas sekali, huraian dari cerita aku tadi, Allah telah melontarkan sifat penakut dan malu kerana Allah ingin menjaga hati supaya tidak mudah melakukan maksiat. Maksiat adalah penyebab kenapa manusia lari dari medan tarbiah. Melakukan maksiat adalah sesuatu yang amat menyeronokkan bagi manusia, mereka mengangap dunia ini milik mereka. Padahal mereka lupa dan alpa bahawa Allah sudah menyediakan tempat yang amat menyeronokkan iaitu syurga. Itulah tempat paling menyeronokkan yang sebenar berbanding dunia yang penuh dengan tipu muslihat. Melihat dari usia aku yang baru tingkatan 2 pada masa itu, memang patut aku malu dan takut kepada wanita. Kerana pada usia seperti aku masih tidak gagah untuk menjalani kehidupan dengan berbagai-bagai kerenah dunia. Seandainya Allah tidak campakkan sifat malu dan takut kepada aku pada masa itu. Banyak andaian yang dapat di tafsirkan. Mungkin aku tak akan menggunakan surat dan agenda rapi, mungkin aku berdepan empat mata dan berterus terang saja. Lalu bercinta dan masing-masing melepaskan rindu. Mungkin keadaan lebih teruk dari itu, jauh tersasar dan terlanjur hinggakan ke tahap kritikal. Kini cinta aku hanya untuk isteri, siapa? Itu Allah yang saja yang tahu. Sesungguhnya mencintai isteri lebih seronok dari mencintai kekasih. Isteri adalah sah dan ada perkongsian hidup bersamanya. Subhanallah, itulah hebatnya Allah S.W.T. mencipta sesuatu berpasang pasangan. Bersambung… tajuk : (sahabat perempuan pertama 2008 yang di janjikan untuk kekal selamanya) Sedikit pengenalan cerita akan datang : “seandainya kita berjanji, dan janji kita tidak melanggar syariat Allah, teruskan janji. Tapi, jika kita berjanji dan janji itu semata-mata untuk menjatuhkan Islam, lenyapkan janji itu dan biarka ia di bawa arus”

No comments:

Post a Comment