Monday, 11 June 2012
Tuesday, 8 May 2012
UMAR MUKHTAR : PEJUANG KEMERDEKAAN LIBYA
Umar Mukhtar adalah ‘Hero’ umat Islam, yang sememangnya pernah wujud. Bukan lagenda, bukan khayalan seperti filem Rambo. Bukan cerita The Last Samurai. Tetapi Umar Mukhtar sememangnya hero yang benar-benar wujud suatu ketika dahulu, menjadi pejuang Islam ketika itu. Hal ini dapat kita telusuri apabila kita melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba dhaif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru).
Berkat didikan syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun solat pada sepertiga malam.
Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari. Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka.
Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica”.
Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan.
Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.
Pada usia beliau 30-an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka.
Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera Selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya. Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau.
Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi, "Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya".
Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, "Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu".
Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.
Muhammad Az Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah Taala. Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa 'mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah'.
Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri.
Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, "Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabitin yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya".
Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Namun demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Umar Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid.
Umar Al Mukhtar terikat kepada Allah Taala, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah Taala untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.
Sunday, 6 May 2012
CINTA DI SEBALIK GUNUNG RING
CINTA DI SEBALIK GUNUNG RING BY JAZIL NAWAWI
Di sebalik namanya seperti ada sesuatu yang tersimpan. Sebuah gunung yang begitu hebat, terpacak di tengah desa. Memang luar biasa. Sebuah gunung yang sentiasa tersenyum, menyambut kedatangan kami, kami tergamam seketika melihat keindahannya. Namun, apa yang boleh kami katakan, memang hebat ciptaan Tuhan. Bukan sekadar melihat keindahan gunung, tetapi sebuah gua yang sentiasa terbuka ibarat seperti rumah terbuka hari raya yang mana selalu ketawa, gembira dan ceria apabila kedatangan tetamunya. Menjadi penyambut yang setia untuk kami. Namanya sudah di jaja. Hampir segenap desa malah seluruh negara di jaja. “Gunung ring”, entah siapa yang memberi nama. Seandainya si pemberi nama ini di jumpai, mungkin namanya terpahat di dinding gunung ring untuk di jadikan sebagai bahan sejarah.
Tepat jam 6 petang, kami di sambut oleh Ustaz Zamri (Ketua unit amal Kelantan). Lalu, Kami di jemput ke kedai makan The Red Warrior, kedai penyokong bola sepak Kelantan. Melihat dari riak wajah ustaz zamri memang jelas ustaz zamri adalah seorang periang. Selalu memberi sedekah dengan senyuman separuh usia. Menu makanan menjadi pembuka bicara, teh’o ben di jawab selamba oleh Wafy apabila di tanya oleh pekerja kedai. Jazil terpegun melihat budak-budak unit amal sedang bergotong royong menyiapkan khemah sebagai tempat penginapan selama tiga hari program. Semangat dan kerjasama yang di tunjukkan, memang membawa rindu di hati ini untuk pulang ke alam persekolahan.
“apa yang penting kerja sama”, itulah slogan yang menjadi kegilaan ketika zaman persekolahan. Terpengaruh dengan cerita “wonder pet”, hinggakan menjadi kewajipan untuk menonton ceritanya. Jika di nilai dari sudut luaran, memang tiada apa-apa manfaat yang boleh di ambil dari cerita tersebut. Tetapi seandainya di nilai dari sudut ukhuwah persahabatan. Pengisian yang hendak di sampaikan cukup bermakna. Walaupun cerita budak-budak tadika, tapi kadang-kadang golongan dewasa juga turut terpengaruh.
Lamunan yang sedang membuat arahan cerita “kenangan zaman persekolahan” menjadi kemarahan penonton apabila ceritanya hanya sampai sekerat jalan. “nak minum air apa” tanya sabri. Jazil tersentak sedikit, dan cerita kenangan zaman persekolahan berakhir tanpa pengakhiran. “barli panas” jawab ringkas dari jazil, sambil tersenyum sedikit memikirkan cerita yang telah di rakam di fikiran sebentar tadi.
Ustaz zamri memulakan taklimat untuk sepanjang perjalanan program, sambil menghirup teh panas, ustaz zamri nampak petah bercakap. Setiap taklimat yang di sampaikan di dengari oleh kami di meja bulat kedai makan tersebut. Fikiran kami tertumpu kepada setiap ayat yang di keluarkan oleh ustaz zamri.
Dari awal kami sudah tahu, kedatangan kami ke gunung ring ini adalah sebagai anak-anak angkat yang akan menghiasi beberapa keluarga di kampung ini. Lima buah mukim dan tiga puluh keluarga akan menjadi tempat bermalam kami. Kami sudah bersedia menerima keluarga angkat. Di fahamkan, keluarga angkat kami adalah dari golongan mereka yang menyokong parti politik yang berhati biru. Ada juga mereka dari golongan atas pagar. Belum mendapat keluarga angkat lagi, rasa tercabar di hati ini memikirkan amanah yang akan di pikul. Menghijaukan keluarga adalah amanat utama.
Bersambung………………..
Monday, 27 February 2012
MURABBI USTAZ ILYAS AHMAD (POKSU LI)
Cerpen : AKU DAN MURABBI (aku akan menjadi anak didik PokSu Li sehingga suatu hari PokSu Li melihat di tubuh aku ini berlumuran darah dan di tangan aku masih terpegang panji Islam)
Firman Allah S.W.T “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?” dan Firman Allah S.W.T lagi “Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” Surah As-saff Ayat 1&2.
PokSu Li berhenti seketika membaca makna terjemahan Al-Quran surah As-Saff, PokSu Li mengangkat sedikit kepalanya ke arah Amin yang sedang asyik bermain handfon. Amin perasan dengan pandangan PokSu li ke arahnya. Sambil tersenyum PokSu Li terus melontar sindiran. Amin tergamam seketika sedang sahabat yang lain memerhati sahaja sambil tersengih melihat riaksi Amin apabila terkena sindiran pokSu Li.
“ memang hebat ayat ini, memang memberi kesan yang besar kepada diri aku” Jazil melalut keseorangan dalam hati sambil telinganya sedang bekerja mendengar huraian ayat Al-quran yang disampaikan oleh pokSu Li. Huraian yang disampaikan oleh pokSu Li penuh dengan pengisian dan pengajaran. Kadang-kadang juga naik bersemangat dalam hati mendengar suara PokSu Li yang lantang menghuraikan surah As-saff.
Memang benar surah as-saff ayat 1 dan 2 ini telah memberi kesan yang besar kepada jazil. Jazil pernah bercerita tentang pengalaman ketika di tarbiah oleh abang-abang senior. Masa tu, jazil adalah seorang mahasiswa yang di anggap nakal dan anti PMKIAS. Banyak kali kes-kes disiplin yang telah dilakukan hinggakan pada suatu hari, jazil pernah dianggap sebagai seorang mahasiswa jahat di kalangan abang senior. Tapi, misi tarbiah yang di bawa oleh abang-abang senior tidak pernah putus. Ayat 1 dan 2 surah as-saff telah tertanam dalam hati jazil.
“Memanglah, ramai orang yang hanya pandai bercakap, mereka bercakap terlalu bersemangat kadang-kadang sampai masjid pun bergoyang, tapi, mereka bercakap saja, tidak pernah menunaikan apa yang di katakan”, itulah ayat terakhir yang dilontarkan oleh jazil kepada sahabat yang lain.
bersambung.....

Tuesday, 21 February 2012
HUKUM AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK MALAYSIA
Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.
Dari maklumbalas yang diberikan ialah:
Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.
Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.
Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.
Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-
• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).
• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)
emas oh emas
DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.
3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.
4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.
KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Saturday, 7 May 2011
"AYAH... JANGAN TINGGALKAN AKU.."
“AYAH… JANGAN TINGGALKAN KAMI”
Assalamualaikum sahabat seperjuangan, menulis lagi aku di blog ini. Walaupun prosa bahasa tidak berapa sempurna, tetapi penyampaian yang ingin di sampaikan itu amat mendalam. Biar prosa bahasa tidak sempurna, tetapi apa yang ingin di sampaikan boleh di fahami dengan mudah oleh setiap insan yang bernyawa membacanya. Tak kala hujan renyai-renyai membasahi rumput-rumput di padang, tak kala kambing dan biri-biri mula bergeliat mengintai tuannya supaya mengalihkannya di tempat yang teduh. Ayam jantan mengatur perkataan untuk mencari pasangan, ayam betina menjual mahal supaya ayam jantan melebih-lebih memujinya.
Talifon berbunyi, nada dering Isabella. Waalaikumussalam.. sapanii…? Haha ada apaye….? Apa……?? masyaallah. Nada percakapan orang yang menelefon tersebut berbunyi “ ayah kamu di kejar ke hospital kota bharu. Tak tahu sebab apa.. sedang dalam keadaan asyik membaca Al-quran. Tiba-tiba tersungkur di lantai…..” aku bergegas menberitahu khabar yang duka ini kepada abang dan adik-adik aku. Terus abang aku menyambar baju yang di sangkut di tempat biasa, pantas tangannya menyambar anak kunci kereta yang tergantung di tepi dinding. Lalu bergegas menuju ke kereta iswara yang di parking di tepi surau. Aku turut sama bersama kakak dan dua lagi adik-adik ku menaiki kereta menuju ke hospital kota bharu. Tiada apa yang bermain di fikiran ini, hanyalah “ bagaimana keadaan ayah aku sekarang ini” dan tiada apa yang di perkatakan dalam hati saat ini hanyalah mampu untuk mengharap “ semoga ayah tidak apa-apa”.
Sesampai di hospital, keadaan seperti sunyi-sepi. Macam seperti ada yang tidak kena dengan ayah. Segera mendapatkan doctor untuk bertanya dimana ayah dirawat tika ini. Selesai bertanya dengan doctor, lalu kami bergegas ke tempat yang mana ayah dirawat. Sesampai di katil tempat ayah dirawat, sebak di hati ini melihat keadaan ayah yang terbaring di atas katil berseorangan. Melihatnya menarik nafas seperti tersekat-sekat, dalam keadaan koma, senyap seribu bahasa, tiada riak gelak di muka, aku tidak pandai untuk mengkaji. Berdiam dalam koma, entah apa yang di fikirkannya. Assalamualaikum ayah, bisik aku perlahan di sebelah telinga kanan. Aku harap salam ku sampai di dengari oleh ayah. Air mata mula mengalir, kusapu dengan lengan baju. Tapi.. air mata ku tidak henti mengalir, aku sapu lagi. ku pandang kearah kakakku yang sedang duduk di sisi ayah, tangannya memegang tangan ayah dan seperti mengurut perlahan-lahan. Air matanya juga mengalir. Adik-adik merapat dirinya dengan abang ku, abang ku menasihati “ bersabarlah.. hanya doa yang mampu untuk ayah” abangku menunjukkan kematangan, walaupun matanya sedikit merah. Tapi kerana imanlah yang menahan dan menerima dugaan ini.
Tiada lagi air mata untuk aku tangisi, hanya bersabar sahajalah sebagai senjata untuk menerima dugaan. Doktok mengesahkan ayah terkena strok separuh badan. Berlegar di fikiran ku, bagaimana pergerakan ayah nanti..? bagaimana ayah hendak berjalan seperti biasa…? Adakah hanya aku melihat ayah di tempat tidurnya sahaja atau di atas kerusi roda. “ya Allah, selamatkanlah ayah ku.” Hanya itu sahaja yang mampu. Selepas tiga hari, ayah sedar dari koma. Melihat di sekelilingnya kami semua dengan keadaan terlalu lemah. Hanya sebelah badan sahaja yang mampu bergerak, sebelah lagi kaku hanya sedikit respon sahaja yang mampu di lakukan.
Semiggu aku tidak hadir ke sekolah, tapi dah suruh kawan aku bagitau keadaanku kepada guru kelas. Tahun nii, aku SPM.. tapi, dalam keadaan begini aku terpaksa. Dugaan mengajar kita erti hidup untuk bersabar dalam menempuh liku-liku kehidupan. Kesabaran abangku berulang alik dari tempat kerja ke hospital tanpa mengeluarkan satu perkatan letih pun di bibirnya. Sebulan kemudian, ayah sudah boleh di bawa keluar dari hospital. Tapi dengan keadaan lumpuh sebelah badan. Aku menolak ayah dengan kerusi roda menuju ke kereta. Bahunya di pegang oleh abang ku supayah ayah tidak sersungkur jatuh. Ketika sampai di kereta, aku dan abang kekpong ayah dan meletak perlahan-lahan ayah di dalam kereta. Di dalam kereta, walaupun dalam keadaan begitu, ayah masih lagi sempat berjenaka dengan kami. Walaupun setiap kali percakapan ayah kami Tanya berulang kali, kerana kurang di fahami. Tapi kami bersyukur ayah masih hidup dan kami masih lagi ada ayah, walaupun ayah kami tidak seperti ayah orang lain yang mampu berkerja, berjoging dan pergi kemana sahaja destinasi. Tapi aku anggap, bermulalah untuk ayah merehatkan diri sepenuh masa dan kami pula yang menjaga ayah.
Dulu, ayah penat berkerja. tapi tak pernah pun dia mengeluh rasa keletihan. Kami sakit, ayah ikhtiar sedaya upaya untuk mencari penawar. Tapi, bila ayah sudah sakit, kami pula yang bertanggungjawab sepenuh keatasnya dan mencari penawar. Di rumah, aku, kakak dan adik-adik masih lagi bersekolah, tinggallah ayah sorang-sorang di rumah, kadang-kadang ada makcik berdekatan yang menjenguknya. kadang-kadang juga aku terpaksa ponteng sekolah semata-mata hendak menjaga ayah. Sebelum meniggalkan rumah untuk ke sekolah, aku dan abangku memandikan dan menyuap nasi kepada ayah. Sering kali aku terlewat ke sekolah, tapi guru-guru di sekolah tarbiah islamiah chabang empat sudah faham dengan keadaan aku sekarang ini.
HARI RAYA PUASA…
Terlalu sebak di hati ini apabila takbir raya bergema di malam hari. Mengingatkan kembali ibu yang telah pergi, kini ayah pula dalam keadaan begini. Raya pertama ayah tidak mengetuai jemaah yang berpusu-pusu untuk bersembahyang sunat aidilfitri. Melihat keadaan ayah yang hanya mampu berada di atas kerusi roda, teramat sebak sekali di hati ketika meminta maaf dan ampun untuk raya terakhir. Air mata mencucuri pipi dan jatuh ke bumi seperti air mengalir di jeram megaji. Bersalaman, memeluk, kucuppan kepada ayah, meminta kemaafan atas segala kesalahan.
Tapiii… ayah masih mapu untuk tersenyum, walaupun merah sedikit matanya. Aku tahu, ayah juga sebak di hati.. tapi, seorang ayah.. sentiasa tabah menghadapi ujian daripada Allah. Ayah redha dengan ujian ini. Sentiasa berzikir di hatinya, sering kali dirinya lalai mudah terlupa akibat kesan daripada lumpuh.. kamilah yang mengingatkan ayah supaya sentiasa berzikir. Ayah memang ramah mesra, sempat lagi ayah masih bersemangat berjenaka dengan tetamu-tetamu yang datang kerumah. Walaupun perkatan yang keluar dari mulut ayah sedikit kurang di fahami oleh tetamu, aku sudah biasa dengan bahasa ayah. Mungkin aku lebih memahi apa yang ayah berjenaka.
Aku bersyukur kerana raya tahun ini, masih lagi sempat untuk beraya dengan ayah. Walau dalam keadaan begini, aku bersyukur sangat-sangat kepada Allah. Gembira dapat berjumpa waris-warah, kawan-kawan dan saudara mara yang jauh yang berpusu-pusu datang kerumah untuk menziarahi ayah.
Hari raya puasa sudah semakin jauh meniggalkan kami sekeluarga, kini aku dan keluarga meniti hayat hidup seperti biasa. Dan aku memduduki peperiksaan Akhir tahun SPM, walaupun sukar untuk membahagi masa menjaga ayah dan membagi masa untuk mengulang kaji mata pelajaran, tapi… tak perlintar di fikiranku untuk berhenti dari sekolah, begitu juga kakakku.
HARI RAYA AIDIL ADHA…
Aku amat gembira sekali apabila sekali lagi dapat beraya dengan ayah di hari raya aidiladha. Terus tanam dalam hati ini insyaallah tahun hadapan aku masih lagi dapat beraya dengan ayah. Diri ini tidak putus berdoa agar Allah dapat menyembuhkan sakit ayah ku ini. Tanam jati yang kuat dalam hati aku yang suatu hari nanti aku mahu melihat ayah dapat berjalan seperti biasa.
Ayah seperti biasa masih lagi sama dan duduk di atas kerusi roda yang sama. Memerhati dari jauh orang-orang yang berpusu-pusu untuk ke musallah untuk menunaikan solat sunat hari raya. Setiap orang lalu ke situ kebanyakannya masuk dan menemui ayah dan bertanya khabar tentang ayah. Ayah seperti biasa apabila ada tetamu yang datang kerumah, mesti ada sahaja lawak jenaka darinya membuatkan tetamu tidak datang hanya sia-sia.
Hari raya kedua sudah berlalu, tanggal hari raya ke tiga.. jam 9.00 pagi, kakakku menemui ku dalam keadaan kalut. Dia membagitahu ayah sedang sesak nafas, kebetulan ada makcik yang lalu di situ. Kakakku juga memanggil makcik itu untuk melihat keadaan ayah. Ayah dalam keadaan sesak nafas. Aku terus menerkam kearah anak kunci motor dan berkejar ke rumah bapa saudara. Lima minit kemudian, aku sampai kembali di rumah bersama bapa saudara, keadaan seperti sunyi seperti ada yang tak kena. Bergegas aku naik ke atas rumah, melihat ayah ku sudah dalam keadaan kaku tidak bernafas. Aku terduduk dengan tiba-tiba, melihat wajah ayah yang bercahaya tangannya seperti dalam keadaan bersembahyang. Sebak dihati dituruti air mata yang mengalir di pipi. Bapa saudaraku menghampiri dan cuba untuk mengesahkan kali terakhir.
Abangku membrek kereta dengan kuat dan segera berlari naik ke atas rumah melihat aruah ayah yang sudah tiada. Kami semua teresak-esak menangis sambil menatap wajah aruah ayah. Kini, kedua ibu bapaku sudah tiada. Dulu aku sebak sebab perginya serikandi yang amat aku sayangi iaitu wanita yang bergelar IBU. Kini, lelaki yang bergelar AYAH pula meninggalkan kami sekeluarga.
Selepas selesai pengebumian aruah ayah, aku meneruskan kehidupan seperti biasa bersama-sama dengan abang, kakak dan adik-adik. Walaupun rasa kekok sebab sudah kehilangan seorang ayah, aku cuba untuk belajar dengan situasi itu. Kiniii, aku sedang belajar untuk hidup berdikari, hidup tanpa ada lagi kasih sayang ayah dan ibu. Hidup untuk membina masa hadapan tanpa di bekup dari belakang ayah dan ibu. Dan sampai ke hari ini, aku melalui itu. Aku masih ada abang, kakak, adik dan di KIAS pula, tempat aku menimba ilmu sekarang ini… aku ada pensyarah, poksu li ketua usrah ku, member-member, syababul Islam dan jundatillah. Aku sekarang inii sedang membina hidup dan masa hadapan. Aku sekarang ini juga sedang belajar untuk berorganisasi dan sedang belajar memegang tanggungjawab.
Jadii… siapa yang masih lagi mempunyai ayah dan ibu, bersyukurlah ke hadrat ilahi kerana kamu semua masih lagi bergurau senda, mendengar cerita dari ayah kamu dan pergi melancung kedestinasi. Dan bila dia sakit, janganlah lari…. Jagalah dia seoerti mana dia menjaga kita sejak dari kecil hingga lah pandai melayari siber dunia.
Dan, saya nak ucapkan kepada semua yang menyayangi saya. Dan tidak lupa kepada seorang sri kandi yang sentiasa memberi semangat kepada saya sejak dari bangku sekolah hingalah sampai ke hari ini. Malah aku masih sayang dia seperti dulu tak pernah berubah. Jika dulu kita pernah berhubung, dan berjumpa. tapi konteks sekarang ini sudah lain, kita sudah masing-masing faham apa erti ikhtilat atau batas-batas pergaulan. Dan kita perlu menjaganya, aku takut dengan fitnah dunia.. baik mencegah daripada terkena, tapi tentang ukhuwwah… jika kita ikhlas, Allah sentiasa menjaganya….
NUKILAN : JAZIL ALKALANTANIYY

Subscribe to:
Posts (Atom)