Wednesday 4 May 2011

cuaca panas terik

Assalamualaikum sahabat sekalian. Panas betul hari ni, tapi walupun cuaca panas, ini tidak menghalang aku untuk terus menulis dalam blog ini. Panas tu biasa la, ujian dunia. Matahari berjuta kilometer di atas kepala, tapi balasan akhirat panas lagi. Sejengkal je di atas kepala, haha.. nak lari kemana, nak cari tempat berlindung kat mana, nak cari air batu kat mana dan nak cari bilik acaunt kat mana. Pasti akan merasa kepanasan yang amat sangat bagi orang yang mana timbangannya berat di sebelah jahat. Orang kaya di atas dunia ni, contohnya barack obama, bush, wakil-wakil rakyat yang rasuah dan ketua-ketua lanun. Tak boleh nak buat banglo di dalam neraka. Pergi ke dunia akhirat telanjang bogel jah. Tak ada ke benda Seurat benang pun di tubuh. Masing-masing nak tunggu resut adakah Berjaya masuk university Allah (syurga) atau menjadi pengangur di dalam neraka.
Ingat semua, sesiapa yang pakai baju tapi masih dianggap berterlanjang atau sesiapa yang Nampak alim dan warakdun wabarkok tapi ada sifat dengki atau riak  di dalam hatinya. Allah tidak pernah pandang kecantikan pemakaian seseorang dan Allah tidak memandang kezahiran sifat luaran seseorang. Tapi yang Allah pandang, ikut apa yang di ajar dalam Islam dan ikhlas dalam melakukan ibadah.
Jangan fikir bila dah tua baru nak bertaubat sebab pangkat kematian nii bukan hanya dapat kepada warga tua sahaja. Boleh jadi cucu kita mati dulu sebelum kita, boleh jadi anak yang baru di lahirkan beberapa hari meninggal dunia dengan masalah-masalah tertentu contohnya, ramai bayi mati di sebabkan di buang oleh ibu kandungnya sendiri. Apa jenis ibu, anak kandungnya sendiri di buang di depan masjid, tong sampah, dalam sungai. Kadang-kadang siap buat pesanan letak di sebelah bayi “ tolong jaga bayi ini, dan jagalah dengan cara islam”. Apa jenis ibu laaa macam tu. Siapa yang tersiksa dan siapa yang merana bila 20 tahun akan datang. Fikir-fikirkanlah…..
Ajatnya nak menulis tajuk lain, tapi saya pula yang laro.. huhu.. tapi tak pe, asalkan tulisan yang tak mengena dengan tajuk dapat ambik pengajaran oleh manusia semua.
Cepat sungguh masa ya. Laro rasa sekejap, tapi sudah ketiggalan hal-hal yang penting. Bila sudah rasa ketinggalan, baru lah berkejaran untuk menyiapkan hal tersebut. Contohnya bolehlah kita ambil dari perangai yang sudah biasa di lakukan oleh mahasiswa/wi. Kadang-kadang exciment esok dah tarikh last hantar. Malam nii baru la sibuk nak cari rujukan, nak menaip la ape la lagi. Mula lah nak emosi, nak melaung sekuat mungkin. Dah terlambat, pensyarah tidak terima, rasa nak sepak pensyarah mula berlegar di fikiran yang pengecut.
Jangan ada sifat kelam kabut, jadi lah seorang yang frofesional. Tenanggg je dalam menyelesaikan sesuatu kerja. Kelam kabut tidak dapat ke bendanya, buat orang di sekitar tu tambah serabut ada la.
Mungkin sekadar itu je lah kott, idea nak tulis dah mula nak tercabut. insyaAllah nanti dengan tajuk baru kott. Apa-apahal jangan la tunjuk muka serabut. Mulakan kerja dengan bismillahirrahmanirrahim barulah tak kelam kabut. Jangan jadi seperti biawak kabut, rilek atas kayu wak muka tak serabut. Bila terserempak dengan orang, baru nak kelam kabut.. hahaha

NUKILAN: JAZIL AL-KALANTANIYY

No comments:

Post a Comment