Wednesday 4 May 2011

MUSLIMAT KIAS

MUSLIMAT KIAS
            Assalaamualaikum sahabat sekalian, menulis lagi saya di blog ini. Apa khabar semua, saya harap semuanya sihat sejahtera sebagaimana yang saya harapkan. Kali ini, cerita saya amat pelik sedikit.. haha, entah-entah boleh jadi kontroversi, tapi saya nak mintak maaf terlebih dahulu jika apa yang saya tulis dalam blog kali ini akan jadi kontroversi. Rasa ok je kott, tak ada yang kontroversi punya. Huhu…
            Ok, Siapa kenal muslimat Kias. Muslimat yang berbeza dengan kebanyakan kolej-kolej atau university-university lain. Muslimat yang sentiasa terjaga supaya sentiasa berada dalam hiasan kaca yang tak bisA di sentuh oleh sesiapa. Jika ingin di sentuh, dengan sentuhan yang halal contohnya kahwin.
            Berbalik kenangan cerita aku ketika mula-mula masuk kias. Sebenarnya.. kias adalah bukan pilihan utama, tetapi.. disebabkan beberapa perkara yang perlu di rahsiakan, aku terpaksa mendaftar diri ke kias. Terbayang di kepala otak, bila masuk kias kehidupan mesti berubah. Apa itu kias……? Pertanyaan yang sering berulang dalam fikiran ku. Masuk kias dengan kepala yang kosong, tak tahu ke benda pun. Apa yang ada kat kias….? Macam mana keadaan aku bila sudah berada di kias….? Arggggggggggg…. Masuk je la.
            Pakaian muslimat memang macam ni ke kat kias…?  Berjubah,  berpurdah. Aku tidak biasa tengok dengan keadaan begini, selalu tengok sebelum masuk kias perempuan pakaiannya kadang-kadang tudung tiga segi, free hair dan lepak dengan member-member kat warung pelayan. Balik rumah tengah malam, kadang-kadang tok bilal bangun nak azan subuh, kita baru nak tido malam. Tok bilal nak azan zohor, kita baru bangun tido dan nak mandi. Tok bilal nak azan isyak, kita baru balik dari main bola. Selalu bisy la, tak sempat nak jumpa tok imam dan tok bilal. Hahaha…. Kat nak kawin kott baru boleh jumpa.
            Aku, pada awal semester pertama, Memang anti PMkias. Pm kias seperti musuh no satu pada masa itu. Nak buat itu tak kena, nak buat ini pun tak kena. Hah.. lantaklah, aku ada cara aku sendiri dan aku ada misi aku sendiri. Aku, jika dari segi untuk mentazkirah, memang kaku.. tak tau ke benda nak cakap, memang kosong betul kepala otak. Tapi, kalau babbbbb, dalam bahasa kelate (mapuh ore) no satu. Modal untuk bercakap tu penuh seribu satu, sampai magrib pun terpaksa di lewatkan supaya habis modal niii. Pm kias memang anti gilerr, tapi bila masuk semester dua. Bila kefahaman apa itu pm kias dan peranan pm kias dalam kias. Anti kepada pmkias tu reda dan semakin reda. Keredaan tu bermula pada naiknya pimpinan baru pm kias 2010-2011 yang presidentnya pada masa itu ialah khairul anam. Walaupun reda, otak gila-gila tu masih ada lagi, contoh keluar malam pergi roti bakar, pergi ke restak, main boling, snooker dan tengok bola sampai awal pagi. Dapat PTPTN pertama, pergi tambung perak dan balik pergi pula ke Cameron hiland, itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama kawan-kawan karib satu kepala sampai sekarang nii pun masih satu kepala. Fuhh.. gilaa-gila.
            Supaya tidak aku terus dengan keadaan laro dengan masa remaja. Aku bersyukur Allah membuka mata hati aku untuk terima sepenuhnya semua keadaan di kias. Minat kepada program-program mula terdetik di hati. Aku cuba untuk mendidik hati ini, tapi aku bersyukur.. bukan aku seorang sahaja yang mendidik hati ini, tetapi di bantu oleh pimpinan-pimpinan pmkias dengan mentarbiah secara berterusan. Aku di tarbiah, di tarbiah dan ditarbiah, terus di tarbiah supaya faham apa sebenarnya kita hidup di dunia ini.
            Penerimaan muslimat berjubah dan berpurdah mula tumbuh di hati. Rasa hormat dan cuba untuk mencari jawapan kekeliruan hati dahulu mula di rungkai. Baru lah aku mendapat jawaban, muslimat kias berbeza dengan muslimat-muslimat lain. Ikhtilat dan tabarruj adalah perkara aula yang perlu dijaga. Suasana biah solehah di fahamkan betul-betul oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi. Jika dulu dia adalah racun, tetapi.. kini, menjadi penawar dan penyejuk hati kepada sesiapa sahaja yang terpandang muslimat kias. Sukar untuk mencari suasana seperti yang ada di kias. Batas-batas pergaulan di jaga rapi, lorong laluan muslimin dan muslimat di tentukan supaya tida berlaku pergaulan bebas. Itu lah kelebihan kias yang mana ramai orang di luar sana tidak sedar dan hanya melihat dengan anggapan hati. Padahan jika kita melihat dengan cara kajian, pasti tersergam indah kelebihan yang terdapat di kias.
            Walaupun prasarana asramanya, airnya atau apa sahaja tidak kemas. Tetapi, jika kita lihat dari sudut islam, bukan bangunan yang megah dan cantik sebagai ukuran kita sebagai pilihan pusat pengajian.
            Jadi, sekarang ni.. apa sahaja tanggungjawab yang pimpinan PMkias sudah rasa dahulu, kini aku sedang meniti memikul satu tanggungjawab. Walaupun muslimat kias di jaga dalam hiasan kaca, tetapi hati mereka gentar memperjuangkan islam. Sambil menuju ke medan perjuangan, laungan takbir sentiasa di tanam di setiap bibir mereka.
            Jadi, hanya sekadar itu sahajalah saya berkhayal pada tengah malam ini. Apa-apa pun, selamat malam dan nanti kita jumpa di saf yang sama. insyaAllah… assalamualaikum..
(Selamat berjuang syababulislam dan selamat berjuang Jundatillah.)

NUKILAN : JAZIL AL-KALANTANIYY

2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Alhamdulillah, ana pun sbnrnya anti PMKIAS juga sbb dgn beberapa org dalam kepimpinan PMKIAS. Keh3,... Tetapi skrg dalam proses nak menerima =)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum... tahniah ana ucapkan kepada kedua-dua shbt yg telah berjaya megatur arah dlm meneruskan perjuangan selps kami... ahlan wasahlan n tahniah kerana mejd sebahagia dgn pmkias...pmkias adalah satu mdn jihad yg pd awlnya mmg bertujuan mjaga segala amal makruf nahi munkar dibumi kias.... fahami lah tugas n kumpul lah pengalaman yg ada dibumi kias sebayknya sebelum mhadapi dunia yg lbh mcbr lg.. anda mmpyi tgs yg lbh brt dlm mentarbiah masyrkt yg ada.. yg blm mgerti seperti antunna semua.... kami mantan2 hanya mendoakan dr jauh trskan perjuangan walau ada badai melanda kuatkan hati satukan hati.. bangkit lah muhajdi n mujahidah...latihlah generasi baru n fahami lah mereka apa yg perlu difahami mg sentiasa didlm redha ilahai...salam.

    ReplyDelete