Friday 29 April 2011

KEM CITRA 2 IJAZAH KIAS-KUIN

Assalamualaikum sahabat seperjuangan dengan ku, ku pohon doa di dalam blog ini agar di berkati hidup dari setiap langkahmu, semoga sentiasa menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t.
Berkat kerjasama dan doa secara berterusan, akhirnya kem citra 2 yang di adakan di jeram mengaji berakhir sudah dengan bermatlamatkan untuk mencari bakat-bakat baru atau generasi-generasi baru yang mampu untuk memimpin kias pada masa akan datang. InsayaAllah... Imbas kembali, pada 27.03.2011, sasaran kita ialah kepada pelajar-pelajar diploma&spi tahun 1. Tapi kali ini, sasaran kita ialah pelajar-pelajar ijazah kias-kuin tahun 1. Alhamdulillah, walaupun penyertaannya tidak seberapa, tetapi aku dan sahabat-sahabat seperjuangan  bersyukur dengan penyertaan seramai 5 orang muslimin dan 27 muslimat. Poksu li @ Naqib usrahku menjadi tulang belakang penting keberjayaannya program ini.  Banyak slot2 yang menarik yang telah dirancang sebelum program lagi contohnya jungle traking.
Tapi, slot yang paling menarik semua orang suka tak kira program di pantai ke, tepi tasik ke, tepi sungai kelate ke, di mana sahaja jika ada air dan boleh berenang. Haha.. pastinya slot tu lah yang di tunggu-tunggu oleh peserta. Tapi berkatnya program yang di anjurkan kias, pergaulan antara muslimin dan muslimat di kawal ketat. Muslimat mandi manda di jeram mengaji dengan berjubah dan dikawal ketat oleh dua orang pemantau dari jauh untuk menjaga keselamatan kalau-kalau ada mata-mata liar yang cuba untuk mengintai dan mengacau tempat muslimat bermandi manda. Walau apa sahaja program atau di mana sahaja program yang dianjurkan, ikhtilat dan tabarruj memang dijaga ketat.
Ayat-ayat berbunga sikit huhu, di waktu pagi yang agak sejuk, di hempap dengan angin jeram yang sedikit dingin. Air jeram selalu bernyanyi, lagu yang sama lirik lagu yang sama, dari awal program hingga akhir program, hanya lagu itu sahaja yang dinyanyikan oleh air jeram. Rasa tenang jiwa ini apabila bukan sekadar air jeram yang berlagu, tetapi seluruh kawasan jeram memainkan peranan mereka masing-masing. Seperti seluruh kawasan jeram itu sedang berzikir kepada Allah menyambut kami bermalam disitu. Bunyi tapak selipar yang sedang berjalan menuju ke musollah, bukan seorang, bukan dua orang dan bukan tiga orang. Tetapi terlalu ramai bilangannya kerana bersama kami, termasuk dengan para-para malaikat yang sentiasa berzikir dan berdoa untuk kami semua.
Kami rukuk kami sujud kepada mu ya Allah. ketika kami sujud, ketenangan amat kami rasa seperti kami bersama mu YaAllah, ketika itu kami rasa kami rindu sangat-sangat kepada kekasihmu Nabi Muhammad s.a.w. ketika kami berdoa, air mata kami mula mengalir membasahi pipi. Kami memohon apa yang kami minta. Amat tenang sekali ketika bermunajat kepada Allah. Jiwa rasa seperti terlepas segala bebanan hidup dan tanggungjawab ketika kami bermunajat  kepada mu.
Aku rasa hanya sekadar itu sahajalah aku menulis, rasa sebak dalam hati ini. Okey, aku harus mencari ketenangan di pagi hari nanti. Bermunajat kepadamu lagi. apa-apa pun, tahniah kepada pelajar ijazah kias-kuin yang mampu bersabar ketika menyertai program kem citra dari awl higga habis. Jadi ingatlah… “ sesungguhnya Allah menyertai orang-orang yang sabar” surah baqarah ayat 153.
Tahniah….
Tahniah….
Dan tahniah….

No comments:

Post a Comment