Friday 22 April 2011

PEDOMAN (1) : DOA ORANG TUA

         Di balik pulau itu ada sebuah pondok yang usang jauh dari pandangan orang kampung. Ribut petir, taufan dan tsunami tidak pernah berganjak dari tempat tinggalnya. orang kampung yang hanya pentingkan diri sendiri tidak pernah ambil tahu tentang penghuni di pondok itu. Disebabkan harta dunia, penduduk di kampung itu sentiasa sibuk dengan kerjanya dan ibadah, kewajipan mereka kepada Allah dilupakan. Dahulu kala, di kampung itu tempat lahirnya kader-kader dakwah yang gemilang. tapi bila sudah maju, peluang pekerjaan semakin banyak, mereka semakin sibuk mengejar harta.
       Dipondok itu ada seorang tua yang terabai kebajikannya. Sebab yang membuatkannya menetap di sebalik pulau adalah disebabkan masyarakat di kampungnya sudah lalai mengerjakan harta dunia. Dunia di anggap syurga bagi mereka, padahal dunia sebenarnya syurga bagi orang kafir dan akhirat neraka bagi orang kafir. kita hanyalah sementara di dunia. tiada satu bendapun perhiasan dunia yang akan dibawadi akhirat kelak.
        Orang tua itu hanya mampu berdoa memohon pertongan daripada Allah supaya menyedarkan semula masyarakat di kampung itu. Jika hendak melarang dengan kudratnya, sudah tidak termampu. hanya doa sahajalah yang menjadi senjata untuk memohon pertolongan kepada Allah. Siang malam tangannya tidak terhenti menadah kelangit dan air matanya tidak terhenti mengalir bak air terjun yang mengalir selepas hujan lebat.
       Lebih jahil lagi masyarakat di kampung itu, satu lagi kelab malam dibuka dan pelayan-pelayan wanita cantik bertambah. mereka penuh dengan maksiat kepada Allah tidak pernah malu kepada pencipta. Bila kepala pening, dunia diibarat hak sendiri, maksiat hanya di buat tepi jalan begitu je. Satu malam, orang tua itu cuba untuk melarang perbuatan mereka, tetapi balasanya.. orang tua itu di belasah teruk dan di humban kedalam tali air yang dalam. tapi.. Alhamdulillah masih lagi selamat kerana sempat berpegang di akar pokok yang hampir putus. lalu, orang tua tersebut berjalan pulang ke balik pulau dalam keadaam berlumuran darah di kepala dan perlahan-lahan berjalan akibat kakinya di hentam oleh sebatang kayu yang agak besar. Dalam perjalanan pulang, orang tua itu berdoa memohon pertolongan daripada Allah dan air matnya tak pernak putus-putus mengalir.
       Pagi yang cukup tenang, tersedar orang tua itu daripada tidur semalam. Tanpa melengahkan masa, seperti biasa berqiamunlailah dia. permohonannya kepada Allah tidak pernah putus.. keesokan paginya, setelah membuka pintu rumah, ALANGKAH terkejutnya orang tua tersebut melihat kampung yang dulunya tempat melahirkan kader-kader dakwah dan telah lalai dengan harta dunia, hari ini telah menjadi padang jarak padang tekukur. Dulu tanah yang subur dengan amalan-amalan kebajikan dan telah dicemari oleh tangan-tangan kotor, kini telah menjadi seperti tempat perbuangan sampah sarap. Allah telah menghantar tenteranya iaitu Air dan tanah untuk mentenggelamkan kampung tersebut. hanya rumah usang orang tua itu sahaja yang tidak terkesan apa-apa. Rumah usang yang gelap pada waktu malamnya, padahal cerah bersinar dengan ketakwaan.
       "YA ALLAH, JIKA INI BALASAN MU KEPADA PERBUATAN MEREKA, AKU REDHA"

                                                                                     daripada: Jazil Al-Kalantaniyy

No comments:

Post a Comment