Saturday 23 April 2011

Prakata

                                                                  بسم الله الرحمن الرحيم 
        .الحمدلله الزي بنعمته تتم الصلاة والسلام من فضائله في أعلىالدرجات وعلى آله وزريته وأصحابه زوي المنن والبركات
    
      Alhamdulillah, segala puji kepada Allah s.w.t yang telah menurunkan agamanya yang penuh dengan dalil. Selawat dan salam mari kita sampaikan kepada nabi Muhammad s.a.w yang menjadi utusan Allah s.w.t untuk menyampaikan dalil-dalil tersebut kepada manusia.
     Alhamdulillah bersyukur kapada Allah kerana telah membantu saya dalam menyiapkan blog ini. Aku dan Syababul Islam adalah untuk menceritakan kehidupan saya dan kehidupan bersama-sama syababul islam @ kehidupan bersama pemuda-pemuda islam. Bagaimana saya yang sekarang ini berusia 21 tahun sudah boleh mengundi untuk pilihan raya umum akan datang dan bersama-sama pemuda yang lain yang masih belum mendaftar mengundi, jadi.. cepat-cepatla daftar mengundi. mengundi adalah satu tanggungjawab yang besar untuk ditunaikan kerana kitalah penentu masa hadapan negara, adakah negara berkonsepkan Islam atau berkonsepkan Negara Bangsa.
        Tidak lupa saya nak ucapkan kepada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra @ (kias) kerana telah menerima saya untuk melanjutkan pengajian disana. Insyaallah, kemungkinan besar ujung 2011 Kias akan mencapai taraf sebagai Kolej Universiti, Insyaallah.. doa2kan. Di Kias lah saya di latih untuk berusrah dan juga di latih bagaimana untuk berorganisasi. jadi.. sekarang ini saya di pertanggungjawabkan untuk memegang Exco Amal dan Riadah (Amr) sesi 2011/2012. saya tau tanggungjawab yang diberikan itu amat berat untuk saya pikul, tetapi.. organisasi adalah bertujuan untuk kita berkerjasama. setiap program yang di rancang kerjanya mestilah bersama. karang ni baru saya faham sepenuhnya apa itu organisasi.
        Jadi, hanya sekadar itu sajalah prakata saya dan Assalamualaikum....
               
                                                                       siap taip pada jam: 12:59pagi
                                                                         ditaip pada : 23.04.20
                        
                                    MENGAJI KITAB DENGAN MAULANA ASERI

         Alhamdulillah, hari ni aku pergi ke kota bharu untuk menadah kitab Sahih Bukhari yang di ajar oleh Ustaz Maulana Aseri. pusat pengajian itu berhampiran dengan stesen bas @ dekat dengan dataran tempat tuan guru kita berceramah setiap hari jumaat. pengajian hari ini berkenaan tengtang membuang kahak atau meludah ketika dalam keadaan sembahyang. huraian ustaz maulana asri amat terperinci sekali hingga tahap kefahaman aku tu boleh dikatakan jelas dan terus melekat ke dalam kepala otak. dan inilah kali pertama aku berjumpa dengan us. maulana aseri. sebelom niii tengok dalam you tube jew, tp bila mengadap kitab di hadapannya sendiri, berkat tu lain. pengajian yang di sampaikan tu mudah melekat dalam kepala otak. oleh itu, saya syorkan kekawan agar, jika nak menuntut ilmu tu, jangan la menuntut di hadapan laptop atau buka you tube je dengar ceramah, baik kita mengadap depan guru sendiri, berkat dan setiap pelajaran tu mudah masuk ke dalam kepala otak.
        ceramah us. maulana aseri ni bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 tengah hari. ramai warga tua yang pergi menadah kitab dengan nya. Malah, ustaz saiba pensyarah Kias pun ada bersama-sama dalam ceramah us.maulana aseri. tapiii... apa yang di hairankan, tidak ramai warga-warga muda yang pergi menadah kitab dengan us.mulana aseri. yang ada pun boleh dibilang dengan jari. padahal pengajiannya bukan beryuran, hanya bawa diri jew. tak perlu bawa sebakul rambutan, tak perlu bawa 10 biji durian dan tak perlu bawa sepuyuk nasi kapik. Hanya beli je kitab RM 3 ringgit, dan boleh masuk kelas se umur hidup. alangkah mudahnya nak mengji ye, macam tu je. tapi nak buat macam mana, remaja sekarang ini sudah tidak minat dengan ilmu. boleh kita lihat sekarang ini, berapa ramai remaja yang berhenti sekolah di sebabkan tiada, dan mahu berkerja.
         Remaja sekarang ini rasa terbeban dengan keadaan pembelajaran yang semakin sukar di sekolah, matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Ini la penyebabnya remaja sekarang ini jadi tiada mood nak belajar, matematik dan sains yang dulu adalah subjek yang sangat di gemari, sekarang nii dah jadi subjek yang memborinkan. jadi.. saya bagi pihak remaja, hentikanlah memB.I kan matematik dan sains. kata nak memartabatkan bahasa malaysia, tetapi apa yang saya lihat sekarang ini.. bahasa Malaysia pula yang semakin terhakis sedikit demi sedikit, bahasa Inggeris perlahan demi perlahan menhapuskan bahasa melaysia. Tidak mustahil laa suatu hari nanti bahasa Inggeris pula menjadi bahasa kebangsaan Negara. Lagi pening remaja-remaja sekarang niii.
         Kalau matamatik dan sains di tukar ke bahasa Arab molek juga, ramai sikit remaja-remaja yang tahu berbahasa arab. Bahasa Arab tu kan bahasa Al-quran, Insyaallah ramai remaja yang akan faham makna yang tersirat dan tersurat dalam Al-Quran. Doa yang sebelum nii tok iman baca tak pernah paham oleh semaja-remaja yang jadi makmum, bila pembelajaran dalam bahasa arab, hah.. faham, malah boleh menhayati dengan tangisan keinsafan sekali.
         Sekarang ni, ramai remaja yang lebih lancar baca bahasa Inggeris daripada baca Al-quranul karim. Kadang-kadang sampai Alif, Ba, Ta pun ingat, inikan pula nak memahami sebutir kitab Al-quran. ALAHAIIII, APA LAA NAK JADI KEPADA REMAJA 20 TAHUN AKAN DATANG........
"YA ALLAH, ENGKAU BERIKANLAH AKU ZURIAT YANG YANG BOLEH MEMBERI SEDEKAH DENGAN AYAT-AYAT AL-QURANUL KARIM APABILA AKU TIADA NANTI"... (AMIN)....

No comments:

Post a Comment